Sony Xperia XZ3 Catat Skor DxOMark Lebih Rendah Berbanding Model Keluarannya Dua Tahun Lepas Comments Off on Sony Xperia XZ3 Catat Skor DxOMark Lebih Rendah Berbanding Model Keluarannya Dua Tahun Lepas

Sony sememangnya terkenal sebagai pengeluar sensor kamera yang terbaik untuk digunakan pada telefon pintar, bahkan kebanyakan jenama popular dilihat turut menggunakan sensor keluarannya pada peranti mercu mereka. Namun begitu, sungguh mengecewakan kerana peranti Sony Xperia dilihat agak bergelut untuk menghasilkan kualiti kamera yang setanding peranti mercu yang lain.

Berdasarkan pendedahan oleh DxOmark, Sony Xperia XZ3 yang dilancarkan buat pertama kalinya pada Ogos 2018 telah mencatatkan skor yang agak mengecewakan iaitu hanya 79 poin, iaitu lebih rendah berbanding model Sony Xperia XZ Premium yang dilancarkan pada awal tahun 2017 yang lalu dengan mencatatkan 83 poin.

Jika dilihat pada skor yang dicatatkan untuk keupayaan kamera statik, Sony Xperia XZ3 hanya mencatatkan skor sebanyak 76 poin iaitu lebih rendah berbanding skor 82 point pada Sony Xperia XZ Premium. Manakala skor yang dicatatkan untuk keupayaan rakaman video pula dilihat sedikit tinggi iaitu 85 poin, berbanding Sony Xperia XZ Premium yang mencatatkan 84 poin.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend