
Di dalam acara MWC 2018 yang lepas, Sony telah mengumumkan buat pertama kalinya dua model terbaiknya buat masa ini dengan pengenalan model Xperia XZ2 dan juga Xperia XZ2 Compact. Tidak sampai sebulan diumumkan, hari ini Sony Mobile Malaysia telah mengumumkan pelancaran kedua-dua model ini untuk pasaran tempatan secara rasmi.
Sony Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 merupakan model pertama keluaran Sony yang menyokong nisbah skrin 18:9 dengan teknologi paparan HDR. Prestasi kedua-dua model ini sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi kerana dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 845, dioperasikan dengan Android Oreo, kapasiti memori 64GB + RAM 4GB, speaker stereo dengan S-Force Surround Sound, dan hadir dengan ciri kalis air serta debu melalui pengiktirafan IP68.
Keupayaan penggambaran kedua-dua model ini telah dibantu oleh lensa beresolusi 19 Megapiksel Motion Eye dengan kemampuan rakaman video 4K HDR. Lebih menariknya, ia turut disertakan dengan rakaman video Super Slow Motion 960 fps (FHD/HD). Aspek ketahanannya juga tidak mengecewakan kerana menyokong panel skrin 3D daripada Corning Gorilla Glass 5 dengan kerangka logam yang lebih tahan lasak.
Pra-tempah untuk model Xperia XZ2 akan dibuka mulai esok (23 Mac 2018) sehingga 4 April nanti. Pembeli yang membuat pra-tempah akan turut menerima hadiah eksklusif bernilai RM1,088 secara percuma. Pra-tempah Sony Xperia XZ2 juga boleh dibuat melalui pengedar eksklusif secara online di 11street.my.
Hadiah eksklusif yang ditawarkan termasuklah :
· Sony ZX770BN Wireless Noise Cancelling Headphones
· Hardshell Premium backpack
· Sony Exclusive Touch n Go Card (RM100 pre-loaded)
· Phone Case
· Screen Protector
Pra-Pandang Sony Xperia XZ2:
Spesifikasi | Sony Xperia XZ2 |
---|---|
Ukuran | 153 x 72 x 11.1mm |
Berat | 198g |
Platform | Android 8.0 Oreo dengan Sony Xperia UI |
CPU | Qualcomm Snapdragon 845 4x 2.8GHz Kryo 385 + 4x 1.8GHz Kryo 385 |
GPU | Adreno 630 |
Memori | 64GB + RAM 4GB microSD (sehingga 400GB) |
Bateri | 3,180 mAh (Quick Charge 3.0, pengecasan wayarles) |
Paparan | 5.7 inci LCD TRILUMINOS FHD+ (2160 x 1080 piksel) 18:9 (HDR, Sony BRAVIA, X-Reality for mobile) |
Kamera Utama | 19 Megapiksel (1/2.3″ sensor size, f/2.0 aperture, LED flash, PDAF dan Laser Autofocus, 4K HDR) |
Kamera Depan | 5 Megapiksel (f/2.2 aperture) |
Sambungan | 802.11ac, Bluetooth 5.0, USB Type-C |
Speaker | Stereo (Hi-Fi Audio DAC, S-Force Front Surround) |
Pilihan Warna | Liquid Silver, Liquid Black, Deep Green, dan Ash Pink |
Pra-Pandang Sony Xperia XZ2 Compact:
Spesifikasi | Sony Xperia XZ2 Compact |
---|---|
Ukuran | 135 x 65 x 12.1mm |
Berat | 168g |
Platform | Android 8.0 Oreo dengan Sony Xperia UI |
CPU | Qualcomm Snapdragon 845 4x 2.8GHz Kryo 385 + 4x 1.8GHz Kryo 385 |
GPU | Adreno 630 |
Memori | 64GB + RAM 4GB microSD (sehingga 400GB) |
Bateri | 2,870mAh |
Paparan | 5.0 inci LCD TRILUMINOS FHD+ (2160 x 1080 piksel) 18:9 (HDR, Sony BRAVIA, X-Reality for mobile) |
Kamera Utama | 19 Megapiksel (1/2.3″ sensor size, f/2.0 aperture, LED flash, PDAF dan Laser Autofocus, 4K HDR) |
Kamera Depan | 5 Megapiksel (f/2.2 aperture) |
Sambungan | 802.11ac, Bluetooth 5.0, USB Type-C |
Speaker | Stereo (Hi-Fi Audio DAC, S-Force Front Surround) |
Pilihan Warna | White Silver, Black, Moss Green, dan Coral Pink |