Sony Xperia XA2 Plus Diumumkan Dengan Skrin 6″, Snapdragon 630, Swafoto 120° Comments Off on Sony Xperia XA2 Plus Diumumkan Dengan Skrin 6″, Snapdragon 630, Swafoto 120°

Pengeluar telefon pintar Jepun hari ini memperkenalkan Sony XA2 Plus kepada umum menawarkan telefon pintar kelas pertengahan bersaiz phablet. Ia hadir dengan skrin bersaiz 6-inci FHD+ menggunakan nisbah 18:9 tidak bertakuk serta dilindungi panel Corning Gorilla Glass 5.

Cipset Snapdragon 630 yang digunakan telah menempatkan CPU berkelajuan 2.2GHz dan GPU daripada Adreno 508. Ia ditemani memori RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 64GB namun tiada sokongan kad microSD.

Dua antara empat warna yang ditawarkan

Pada jabatan kamera pula, XA2 Plus menyediakan sensor 23MP Exmor RS dengan aperture f/2.0 serta lensa bersudut lebar 84-darjah. Sensor tunggal ini turut menyokong kadar ISO sehingga 12,800 dan rakaman video 4K. Di kamera depan, sensor 8MP Exmor R menawarkan rakaman swafoto sudut lebar 120-darjah dengan aperture f/2.4 termasuk ciri efek bokeh, ubah-wajah, dan soft skin.

Sony XA2 Plus membawakan bateri berkapasiti 3,580mAh yang mana dilihat sama seperti model XA2 Ultra sebelum ini. Walaupun bateri bertahap sederhana, ia boleh dicas pantas melalui sambungan USB Type-C Quick Charge 3.0. Selain itu, bicu audio masih dikekalkan di sebelah atas kerangka.

Peranti ini didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu hitam, perak, emas, dan hijau. Ketersediaan telefon pintar ini di pasaran global masih belum diumumkan apatah lagi untuk pasaran Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend