Sony Xperia X5 Terima Skor 79 Mata Untuk Keupayaan Kamera Depan Beresolusi 8MP – DxOMark Comments Off on Sony Xperia X5 Terima Skor 79 Mata Untuk Keupayaan Kamera Depan Beresolusi 8MP – DxOMark

Sony sememangnya terkenal dengan keupayaannya dalam menghasilkan sensor kamera yang mampu menjanjikan hasil gambar yang berkualiti. Malah sensor Sony IMX yang dibangunkannya telah diperakui dan ini jelas dapat dilihat melalui penggunaan sensor tersebut pada peranti mercu di pasaran.

Namun begitu berdasarkan skor untuk kamera depan yang diberikan oleh DxOMark untuk Sony Xperia 5 boleh dikatakan agak sederhana dengan memperolehi skor keseluruhan sebanyak 79 mata. Untuk prestasi gambar ia telah menerima skor 81 mata, manakala prestasi rakaman video pula ia mencatatkan skor sebanyak 76 mata.

Sony Xperia 5 sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi pada September 2019 dengan mengekalkan rekaan skrin ‘CinemaWide’ dengan format 21:9, sama seperti Xperia 1. Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855, Xperia 5 dilengkapi konfigurasi memori 6GB + 128GB, bateri 3140mAh dengan pengecasan pantas, kamera depan 8MP, dan juga tiga kamera utama beresolusi 12MP untuk ketiga-tiga lensa.

Baca juga:

Sony Xperia 5 Tetap Mempunyai Skrin Memanjang, Tapi Spesifikasi Rendah Berbanding Xperia 1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend