Sony Xperia L4 Diperkenalkan Dengan Paparan 21:9, Trikamera, Bateri Besar Comments Off on Sony Xperia L4 Diperkenalkan Dengan Paparan 21:9, Trikamera, Bateri Besar

Sony hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru Xperia L4 secara rasmi. Peranti ini membawa sejumlah persamaan dengan Xperia 1 yang telah dilancarkan setahun lepas.

Xperia L4 hadir didatangkan bersama paparan memanjang bernisbah 21:9 berukuran 6.2-inci, namun resolusinya hanya menyokong HD+ berbanding 4K yang terdapat pada Xperia 1. Di bahagian belakang pula telefon, peranti ini menempatkan sistem trikamera menyusunkan sensor 13MP utama, 5MP ultralebar, dan 2MP kedalaman. Sementara kamera swafoto adalah daripada lensa 8MP yang diletakkan pada takuk titisan air.

Daripada segi kuasa, Xperia L4 tidak menerima naik taraf pada cip pemproses. Peranti ini masih menggunakan MediaTek Helio P22 dengan memori 3GB RAM disamping storan seluas 64GB dan bicu audio 3.5mm. Sebuah bateri berkapasiti 3,580mAh berserta sokongan pengecasan pantas turut diletakkan.

Sony Xperia L4 akan berada di beberapa pasaran di seluruh dunia bermula suku kedua tahun ini dalam dua pilihan warna hitam dan biru. Bagaimanapun harganya masih belum didedahkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend