Sony Xperia L3 Kini Rasmi Dengan Sokongan Helio P22, 5.7 Inci HD+ Dan Bateri 3300 mAh Comments Off on Sony Xperia L3 Kini Rasmi Dengan Sokongan Helio P22, 5.7 Inci HD+ Dan Bateri 3300 mAh 270

Jika Sony Xperia 1 disasarkan untuk segmen peranti mercu premium, Sony Xperia L3 pula telah dilancarkan untuk segmen kelas permulaan dengan menawarkan sokongan spesifikasi yang lebih asas.

Dilengkapi dengan paparan skrin Corning Gorilla Glass 5 berukuran 5.7 inci dengan resolusi HD+, Sony Xperia L3 dikuasakan dengan cipset 12nm daripada MediaTek Helio P22 yang dikombinasikan dengan GPU PowerVR GE8320. Ia juga menyokong konfigurasi memori 3GB RAM, ruang storan sebesar 32GB, dan juga slot kad microSD dengan sokongan kapasiti sehingga 512GB.

Walaupun disasarkan untuk kelas permulaan, Sony Xperia L3 masih dilihat mengikuti trend semasa dengan penawaran dwi kamera utama beresolusi 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4). Manakala untuk penggambaran swafoto pula ia hadir dengan lensa beresolusi 8MP (f/2.0) yang dilengkapi dengan efek potret.

Sony Xperia L3 yang masih lagi dioperasikan dengan Android Oreo dan bateri berkapasiti 3,300 mAh pada peranti ini boleh dicas dengan lebih pantas menggunakan kaedah pengecasan USB-PD (Power Delivery) pada port USB Type-C.

Baca juga:

Sony Xperia 1 Diperkenalkan – Telefon Pintar Pertama Di Dunia Guna Skrin 21:9 4K OLED

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend