Sony Xperia Ear Duo Terima Kemas Kini Dengan Sokongan Notifikasi Suara Untuk Android Dan iOS Comments Off on Sony Xperia Ear Duo Terima Kemas Kini Dengan Sokongan Notifikasi Suara Untuk Android Dan iOS

Mula dijual pada awal Jun 2018 yang lalu, Sony Xperia Ear Duo yang telah diiktiraf sebagai pemenang Red Dot Design Award 2018 ini ditawarkan pada harga RM1,199 untuk pasaran tempatan.

 

Selepas lebih kurang tiga bulan berada di pasaran, Sony baru-baru ini telah menawarkan kemas kini terbaharu untuk fon telinga tanpa wayarnya itu. Melalui kemas kini itu, pengguna Sony Xperia Ear Duo kini boleh sentiasa meneriksa notifikasi yang diterima dengan lebih mudah kerana fon telinga tanpa wayar ini boleh membacakan notifikasi seperti teks mesej, emel dan juga panggilan yang diterima.

Selain daripada itu, kemas kini terbaharu ini juga turut memudahkan anda untuk memeriksa waktu dengan memberikan arahan mudah tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar dari dalam poket seluar mahupun beg tangan. Kedua-dua ciri utama yang menarik ini boleh dinikmati oleh pemilik peranti Android dan juga iOS.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend