Sony Xperia 8 Dengan Skrin 6 Inci FHD+ 21:9, Dwi Kamera Dan Snapdragon 630 Kini Rasmi Comments Off on Sony Xperia 8 Dengan Skrin 6 Inci FHD+ 21:9, Dwi Kamera Dan Snapdragon 630 Kini Rasmi

Hari ini Sony dengan rasminya telah mengumumkan kemunculan model telefon pintar kelas pertengahan terbaharunya iaitu Sony Xperia 8 untuk pasaran di Jepun. Apa yang pasti, kini Sony dilihat telah mula mengambil pendekatan untuk menggunakan nama model yang lebih ringkas dengan sokongan nombor sahaja sejak Xperia 1 diperkenalkan pada awal tahun ini.

Sama seperti generasi baru telefon pintar keluaran Sony, Xperia 8 dilihat telah menggunakan format paparan 21:9 dengan sokongan skrin 6.0 inci IPS LCD FHD+ (2520 x 1080 piksel). Tanpa menggunakan rekaan takuk, Xperia 8 memiliki saiz bezel bahagian atas skrin yang agak besar bagi menempatkan kamera depan beresolusi 8MP (f/2.0). Manakala saiz bezel pada bahagian bawah skrin tampil lebih nipis.

Dioperasikan dengan Android 9.0 Pie, ia menyokong cipset Qualcomm Snapdragon 630 (14nm), dan dikombinasikan oleh memori sebesar 4GB + 64GB. Dengan mengekalkan identiti rekaan peranti Sony Xperia yang lain, panel belakangnya telah menempatkan dwi kamera beresolusi 12MP (f/1.8) + 8MP (Ultra Wide Angle, f/2.4).

Sony Xperia 8 yang memiliki sensor pengimbas cap jari pada butang kuasa ini turut menawarkan bateri berkapasiti 2760mAh dengan pengecasan pantas 18W. Istimewanya, ia turut tersedia dengan ciri kalis air IP68, bicu audio 3.5mm dengan LDAC, dan juga NFC.

Dijangka akan dijual bermula penghujung Oktober 2019 nanti, Sony Xperia 8 akan ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran di Jepun pada harga JPY54,000 (~RM2,120).

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend