Sony Xperia 5 Tetap Mempunyai Skrin Memanjang, Tapi Spesifikasi Rendah Berbanding Xperia 1 Comments Off on Sony Xperia 5 Tetap Mempunyai Skrin Memanjang, Tapi Spesifikasi Rendah Berbanding Xperia 1 309

IFA 2019 turut disertai oleh Sony dan pada acara yang sama, syarikat Jepun ini berkesempatan memperkenalkan Sony Xperia 5 kepada para pengunjung.

Xperia 5 merupakan versi ringan kepada Xperia 1 yang diperkenalkan pada bulan Februari lalu. Peranti ini dilengkapi paparan OLED 6.1-inci dengan rekaan skrin memanjang serta menyokong resolusi FHD+ 2520 x 1080p – berbeza dengan Xperia 1 yang menggunakan paparan 4K, tetapi Sony mengatakan Xperia 5 masih lagi menawarkan pengalaman menonton yang sama.

Xperia 5 dikuasakan pemproses Snapdragon 855 dan walaupun namanya ‘5’, peranti ini tidak menyokong rangkaian 5G. Peranti ini menawarkan ciri sambungan WiFi pintar yang dipanggil ‘Smart Connectivity’. Ia membolehkan peranti menukar sambungan daripada WiFi kepada LTE sekiranya sistem mendapati sambungan WiFi tidak selamat.

Sony meletakkan tiga biji sensor pada kamera belakang Xperia 5. Ia menggunakan lensa 12MP biasa + 12MP ultra-lebar + 12MP telefoto selain hadir dengan kamera depan 8MP f/2.0. Sebuah bateri sebesar 3140mAh tersemat di dalam tubuh peranti disamping sokongan pengecasan pantas 18W.

Sony Xperia 5 didatangkan dengan fon kepala dengan ciri pembatalan bunyi (Sony WF-1000XM3) terus dari kotak pembelian. Ia akan berada di pasaran seawal Oktober depan namun tiada maklumat tentang ketersediaannya untuk pasaran Malaysia.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend