Sony Xperia 10 II Turut Diumumkan, Kekal Dengan Spesifikasi Pertengahan Tapi Kini Dengan Skrin OLED Comments Off on Sony Xperia 10 II Turut Diumumkan, Kekal Dengan Spesifikasi Pertengahan Tapi Kini Dengan Skrin OLED

Bersama-sama pengenalan Sony Xperia 1 II, pengeluar telefon pintar Jepun ini juga turut memperkenalkan telefon kelas pertengahan mereka yang terbaru iaitu Sony Xperia 10 II (juga disebut sebagai Xperia 10 Mark II).

Peranti ini hadir dengan cip pemproses Snapdragon 665, memori 4GB RAM dan 128GB storan, tiga kamera belakang, serta bateri yang lebih besar berbanding generasi terdahulu iaitu berkapasiti 3600mAh – paling besar daripada mana-mana model pertengahan telefon Sony.

Di bahagian luaran, ia dipadankan paparan OLED berukuran 6-inci FHD+ di atas nisbah 21:9 CinemaWide, menjadikan telefon kelas pertengahan pertama Sony yang menggunakan panel OLED.

Sony Xperia 10 II mengenakan trikamera utama terdiri daripada sensor 12MP utama, 8MP ultralebar, dan 8MP telefoto 2x zum optikal. LED flash pula diletakkan di bahagian atas bonjol kamera menegak di bahagian belakang manakala kamera swafoto yang berada di atas skrin pula adalah daripada sensor 8MP.

Memandangkan nisbah reka bentuk telah dikemas kini, peranti dikatakan mempunyai berat yang lebih ringan berbanding model terdahulu. Sungguhpun kapasiti bateri dilihat kecil jika dibandingkan dengan peranti lain di luar sana, Sony telah memuatkan teknologi pengecasan Xperia Adaptive Charging bagi memastikan hayat bateri dapat kekal lama.

Sony Xperia 10 II yang kini lebih nipis turut mempunyai sokongan kalis air dan debu IP65/IP68 disamping panel depan dan belakang dilindungi Corning Gorilla Glass 6.

Sebut mengenai harga dan ketersediaan, Sony tidak mendedahkan harganya tetapi mengesahkan bakal hadir ke pasaran pada suku kedua tahun ini dalam pilihan warna peranti hitam, biru, hijau, dan juga putih.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend