Sony Xperia 10 II Berharga RM1,657 Akan Mula Dijual Secara Rasmi Di Taiwan Bermula 20 Mei Ini Comments Off on Sony Xperia 10 II Berharga RM1,657 Akan Mula Dijual Secara Rasmi Di Taiwan Bermula 20 Mei Ini

Pada bulan Februari yang lalu, Sony telahpun mengumumkan kehadiran telefon pintar kelas pertengahan terbaharunya – Sony Xperia 10 II. Walaupun spesifikasi peranti ini telahpun diketahui, harga dan juga ketersediaan jualannya tidak pula didedahkan secara rasmi.

Namun begitu penantian untuk menyaksikan kemunculan rasmi Sony Xperia 10 II di pasaran sudahpun terjawab apabila ia telahpun dilancarkan di Taiwan, sekaligus menjadikannya sebagai negara pertama yang akan menjualnya secara rasmi.

Sony Xperia 10 II ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Mint Green serta Berry Blue, dan ia akan dijual di Taiwan bermula 20 Mei ini dengan tanda harga TWD11,490 (~RM1,657).

Spesifikasi Sony Xperia 10 II:

  • Android 10
  • Qualcomm Snapdragon 665
  • 4GB + 128GB (microSD sehingga 1TB)
  • 6.0 inci OLED FHD+ (2520 x 1080 piksel)
  • Corning Gorilla Glass 6, Nisbah skrin 21:9
  • Kamera depan: 8MP (HDR, SteadyShot)
  • Kamera utama: 12MP + 8MP (Ultra Wide) + 8MP (Telephoto, 2x Optical Zoom)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, NFC, USB Type-C, Bicu audio 3.5mm
  • 3600mAh
  • 157 x 69 x 8.2mm / 151g
  • Ciri kalis air dan debu – IP68

Hasil gambar yang diambil menggunakan Sony Xperia 10 II:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend