Sony Xperia 1 Professional Edition Dilancarkan Di Jepun Dengan Tiga Naik Taraf Utama Comments Off on Sony Xperia 1 Professional Edition Dilancarkan Di Jepun Dengan Tiga Naik Taraf Utama 205

Untuk pengetahuan anda, Sony Xperia 1 ketika ini ditawarkan kepada pengguna di Malaysia pada harga RM4299 sebuah. Ia merupakan satu-satunya telefon pintar yang dijual oleh Sony Malaysia setelah syarikat ini mengambil keputusan untuk menghentikan penjualan peranti di kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Walaubagaimanapun, peranti Sony masih lagi mendapat perhatian dan permintaan di negara asalnya. Terkini, Sony telah melancarkan Sony Xperia 1 edisi Profesional untuk mereka yang lebih cenderung kepada fotografi.

Sony Xperia 1 Professional Edition hadir dengan tiga naik taraf utama iaitu melalui paparan, kamera, dan sambungan. Pertama, paparan 4K OLED dengan nisbah 21:9 kini menyokong isyarat 10-bit untuk kalibrasi paparan yang lebih baik. Kameranya pula kini menyertakan aplikasi Imaging Edge Mobile yang membolehkan pengguna memindahkan imej atau video dari kamera Sony ke telefon pintar dengan mudah. Ia juga didatangkan dengan ciri Transfer & Tagging yang memudahkan jurufoto memasukkan kapsyen tag atau suara ke atas foto.

Xperia 1 Professional Edition kini menyokong sambungan Ethernet melalui sambungan port USB-C. Namun, adapter untuk sambungan ini tidak disertakan di dalam kotak pembelian. Selain itu, integrasi terbaru turut menyokong mod landskap pada skrin rumah yang mana ciri ini akan dilepaskan ke peranti Xperia 1 tidak lama lagi.

Daripada segi dalaman, tiada beza antara edisi Profesional ini dengan edisi biasa. Ia kekal dengan cipset Snapdragon 855 dan memori 6GB RAM dan 128GB storan. Bateri pula berkapasiti 3330mAh dijalankan di atas sistem operasi Android 9 Pie.

Sony Xperia 1 Professional Edition dijual di Jepun dengan harga JPY143,000 (~RM5520) mulai 25 Oktober 2019.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend