Sony Umum Konsol PlayStation Classic Dengan Sokongan 20 Permainan – Mula Dijual 3 Disember 2018 Comments Off on Sony Umum Konsol PlayStation Classic Dengan Sokongan 20 Permainan – Mula Dijual 3 Disember 2018 600

Selepas hampir 25 tahun konsol permainan PlayStation yang pertama diperkenalkan, kini Sony dengan bangganya telah mengumumkan kemunculan semula konsol tersebut. Dikenali sebagai PlayStation Classic, ia akan didatangkan dengan 20 judul permainan klasik, termasuklah Final Fantasy VII, Jumping Flash, Ridge Racer Type 4, Tekken 3 dan juga Wild Arms.

Berbeza dengan generasi pertama, PlayStation Classic hadir dalam saiz kerangka 45% lebih kecil, tetapi masih mengekalkan rekaan ikonik dan juga fungsi asalnya. Konsol baharu ini juga telah menyingkirkan port sambungan VGA dan digantikan dengan port HDMI, dan kabel kuasanya juga telah dipertingkatkan ke kabel USB.

Pakej pembelian PlayStation Classic.

PlayStation Classic kini sudah boleh dipra-tempah di Amerika Syarikat pada harga USD99.99 (kira-kira RM414), manakala untuk pasaran Kanada pula ia dijual pada harga CAN129.99 (kira-kira RM416). Ia akan mula dijual bermula 3 Disember 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend