Sony Umum Kehadiran Di CES 2019 – Mungkin Xperia XA3/XA3 Ultra Diperkenalkan Comments Off on Sony Umum Kehadiran Di CES 2019 – Mungkin Xperia XA3/XA3 Ultra Diperkenalkan

Acara CES 2018 kita telah melihat banyak pengeluar telefon pintar tidak mengambil bahagian sebaliknya membuat kemunculan di acara MWC 2018 sebulan selepas itu. Ini kerana MWC lebih memfokuskan kepada produk berkaitan telefon pintar berbanding peralatan elektronik di CES.

Bagaimanapun pada tahun ini acara CES 2019 akan disertai oleh pengeluar telefon pintar lagenda, Sony. Melalui perkongsian terbaru, Sony memaklumkan mereka bakal membuka reruai di sana untuk mempamerkan sejumlah produk terbaharu. Antara produk yang bakal diketengahkan adalah peranti dengan sokongan 5G untuk pasaran 2020 kelak.

Sebut mengenai telefon pintar, mereka juga berkemungkinan memperkenalkan peranti kelas pertengahan dan kelas permulaan yang akan dipasarkan sekitar bulan Oktober nanti. Tiga peranti yang mungkin dikeluarkan ialah Xperia XA3, Xperia XA3 Ultra, dan Xperia L3.

Setiap peranti mensasarkan harga yang berbeza dan jika mengikut trend semasa, harga mungkin bermula di bawah RM1000 jika di Malaysia nanti. Namun apa yang mengecewakan setiap peranti ini masih lagi menggunakan nisbah skrin 18:9 yang mana dilihat jauh ketinggalan di belakang. Selain daripada itu, ia hadir dengan sistem dwi kamera utama disamping panel gelas dan kerangka aluminium, serta sistem operasi Android 9.0 Pie terus dari kotak.

Acara CES 2019 akan bermula pada 8 Jan hingga 11 Jan di Las Vegas, A.S. Kita mungkin akan mendengar berita lanjut mengenai produk minggu hadapan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend