Sony Sahkan Ketersediaan Kemas Kini Android Pie Untuk 3 Model Dari Siri Xperia XA2 Seawal Tahun 2019 Comments Off on Sony Sahkan Ketersediaan Kemas Kini Android Pie Untuk 3 Model Dari Siri Xperia XA2 Seawal Tahun 2019

Minggu lepas Sony telah mengumumkan akan menawarkan kemas kini Android 9.0 Pie untuk 6 model flagship keluarannya yang diperkenalkan pada tahun 2017 dan 2018. Baru-baru ini Sony dilihat telah mengesahkan ketersediaan kemas kini Android Pie ini untuk 3 lagi model dari siri Xperia XA2 yang akan ditawarkan bermula tahun 2019.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Android 9.0 Pie menjanjikan pelbagai ciri-ciri baharu dan yang paling menariknya adalah sokongan sistem navigasi berasaskan gerakan pada skrin. Selain itu ia juga hadir dengan fungsi Adaptive Battery yang menggunakan pembelajaran mesin untuk memperbaiki pengurusan tenaga.

Berikut adalah tiga model dari siri Sony Xperia XA2 yang akan menerima kemas kini Android Pie:

  • Sony Xperia XA2
  • Sony Xperia XA2 Ultra
  • Sony Xperia XA2 Plus
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend