Sony Perkenal Kabel 2 Dalam 1 Dengan Sokongan USB Type-C Dan Port Audio 3.5mm Comments Off on Sony Perkenal Kabel 2 Dalam 1 Dengan Sokongan USB Type-C Dan Port Audio 3.5mm

Trend untuk menyingkirkan penyediaan port 3.5mm audio jack bukanlah sesuatu perkara yang baru diamalkan oleh pengeluar telefon pintar, dan perkara ini juga turut dipraktikkan oleh Sony untuk model Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact terbaru keluarannya.

Walaupun port USB Type-C yang disediakan pada telefon pintar lebih bersifat fleksibel kerana mampu digunakan untuk tujuan mengecas/pemindahan data dan sambungan fon telinga, ia sebenarnya telah mengehadkan aktiviti pengguna. Ini kerana pengguna perlu memilih untuk menggunakan fon telinga ataupun mengecas pada satu-satu masa.

Disebabkan oleh keterbatasan itu, Sony telah memperkenalkan kabel 2 dalam 1 yang menawarkan dua kabel berasingan iaitu USB Type-C untuk tujuan mengecas dan satu lagi kabel boleh digunakan untuk sambungan fon telinga secara serentak.

Walaupun idea itu mampu mengatasi dilema pengguna, ia sebenarnya masih tidak sempurna kerana penyediaan USB Type-C tidak menyokong fungsi pemindahan data. Malah ia juga tidak menyokong fungsi pengecasan pantas 18W, sebaliknya telah dihadkan untuk menyokong output maksimum 5V0.5A (2.5W) sahaja.

Sony Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact tidak lagi disediakan dengan port 3.5mm audio jack.

Buat masa ini aksesori khas untuk Sony Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact ini hanya tersedia untuk pasaran Eropah sahaja. Tetapi dengan harga jualan sekitar EUR20 atau bersamaan kira-kira RM95, adakah korang rasa ia berbaloi untuk dibeli?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend