Sony Perkenal Aksesori X Mount Untuk Menyambungkan Alat Kawalan DualShock 4 Ke Peranti Sony Xperia Comments Off on Sony Perkenal Aksesori X Mount Untuk Menyambungkan Alat Kawalan DualShock 4 Ke Peranti Sony Xperia

Konsol permainan Sony PlayStation 4 ada menyokong satu fungsi menarik yang dikenali sebagai Remote Play yang membolehkan pengguna untuk memainkan permainan pada konsol itu terus pada telefon pintar Xperia. Jadi bagi memastikan pengalaman bermain yang lebih sempurna, Sony telah memperkenalkan satu aksesori baharu yang dikenali sebagai X Mount.

Melalui sokongan X Mount ini, pemilik peranti Xperia hanya perlu menyambungkan telefon pintar mereka terus ke alat kawalan DualShock 4 dengan menggunakan sambungan Bluetooth. Bahagian mount yang boleh dilaras ini juga menjanjikan keselesaan ketika bermain kerana anda boleh menentukan sudut paparan skrin mengikut kedudukan yang diingini.

Aksesori X Mount ini dikatakan akan mula dijual bermula Jun 2018 nanti untuk pasaran di Jepun, dan buat masa ini harga jualannya masih lagi belum didedahkan kepada umum.

Peranti Sony Xperia yang menyokong X Mount:

  • Sony Xperia XZ1
  • Sony Xperia XZ1 Compact
  • Sony Xperia XZ Premium
  • Sony Xperia XZs
  • Sony Xperia XZ
  • Sony Xperia X Compact
  • Sony Xperia X Performance
  • Sony Xperia Z5
  • Sony Xperia Z5 Compact
  • Sony Xperia Z5 Premium

Sumber: sonymobile

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend