Sony Mencatatkan Jualan Telefon Pintar Sebanyak 2 Juta Unit Untuk Suku Kedua Tahun 2018 Comments Off on Sony Mencatatkan Jualan Telefon Pintar Sebanyak 2 Juta Unit Untuk Suku Kedua Tahun 2018

Sony tidak dinafikan pernah berada di kelompok pengeluar telefon pintar Android terbaik, tetapi entah di mana silapnya jenama Sony dilihat semakin suram sejak kebelakangan ini. Tambahan pula jenama dari China pada masa ini dilihat semakin mendominasi pasaran kerana ia menawarkan harga yang lebih kompetitif.

Baru-baru ini Sony telah mendedahkan laporan kewangannya untuk suku kedua tahun 2018 (April hingga Jun) yang mana telah menyaksikan jualan telefon pintar hanya 2 juta unit. Jika dibandingkan dengan tempoh jualan yang sama pada tahun lepas, Sony berjaya menjual sebanyak 3.4 juta unit telefon pintar. Ini bermakna ia telah mencatatkan penurunan jualan sebanyak 1.4 juta unit.

Sony Xperia XZ2 Premium

Melalui laporan itu juga, Sony turut mendedahkan perolehan pendapatan sebanyak USD1.18 bilion (kira-kira RM4.78 bilion) dan ia menyaksikan penurunan pendapatan sehingga 27% berbanding tahun 2017. Jualan yang semakin merudum ini dikatakan berpunca daripada kelemahan pasaran utamanya di Jepun dan Eropah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend