Sony Mempatenkan Peranti Boleh Lipat Dengan Paparan Skrin Lut Sinar Comments Off on Sony Mempatenkan Peranti Boleh Lipat Dengan Paparan Skrin Lut Sinar 626

Jika sebelum ini kita telah sedia maklum sudah ada beberapa pengeluar telefon pintar utama dunia seperti Samsung dan Huawei telahpun mendedahkan rancangan mereka untuk hadir dengan peranti boleh lipat.

Baru-baru ini Sony juga dilihat bakal hadir dengan peranti yang sama selepas paten yang dihantarnya telah diterima oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO). Melalui paten tersebut, peranti yang akan dibangunkan oleh Sony ini akan hadir dengan dua panel paparan dengan pelbagai elemen pemancar cahaya.

Ini secara tidak langsung membolehkan peranti Sony menyokong tiga mod paparan berbeza iaitu tidak lut sinar, separa lut sinar, dan juga lut sinar sepenuhnya. Bagi menghasilkan paparan skrin dengan efek separa lut sinar, dua panel itu perlu dilipat dan ia hadir dengan elemen kawalan cahaya berasingan.

Apa yang pasti, bermula tahun depan sudah tentunya akan memperlihatkan inovasi rekaan peranti boleh lipat yang sangat menarik di antara pengeluar telefon pintar.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend