Sony Dipercayai Akan Perkenal Telefon Pintar Dengan Paparan Skrin 5K Yang Pertama Di Dunia Comments Off on Sony Dipercayai Akan Perkenal Telefon Pintar Dengan Paparan Skrin 5K Yang Pertama Di Dunia 164

Apabila sebut sahaja tentang kehebatan teknologi paparan skrin, pengeluar Sony sememangnya terkenal dengan keupayaannya untuk menghasilkan sebuah telefon pintar dengan resolusi yang sangat tinggi. Malah pada Februari yang lalu Sony telah memperkenalkan telefon pintar pertama dengan paparan skrin OLED 4K bernisbah 21:9.

Ternyata Sony sentiasa mahu menjadi perintis dalam penghasilan telefon pintar dengan paparan skrin beresolusi tinggi apabila ia dilaporkan bakal menjadi pengeluar telefon pintar pertama di dunia menyokong skrin beresolusi 5K. Malah perkara ini telah disahkan melalui pendedahan spesifikasi UAProf (User Agent Profile) yang telah didedahkan oleh portal sumahoinfo di Jepun.

Dikenali sebagai model J8220, model misteri daripada Sony ini dilihat menyokong resolusi skrin yang sangat tinggi iaitu mencecah sehingga 5040 x 2160 piksel. Walau bagaimanapun buat masa ini masih belum dapat dipastikan lagi sama ada peranti misteri ini akan diperkenalkan sebagai model Sony Xperia 2 ataupun merupakan versi peningkatan untuk model Sony Xperia 1.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend