Sony Akan Menutup Kilang Telefon Pintar Di China Dan Akan Beralih Ke Thailand Comments Off on Sony Akan Menutup Kilang Telefon Pintar Di China Dan Akan Beralih Ke Thailand

Berikutan perniagaan telefon pintar Sony telah mencatatkan penurunan mencecah ¥95 bilion (kira-kira RM3.51 bilion), syarikat pengeluar telefon pintar dari Jepun itu telah dilaporkan akan menutup kilang telefon pintar di Beijing, China dalam masa terdekat ini. Menurut jurucakap Sony, langkah itu perlu diambil bagi mengurangkan kos yang ditanggung oleh mereka.

Tambahnya lagi, Sony sebaliknya akan meneruskan pengeluaran telefon pintar keluarannya di Thailand bagi mengurangkan separuh daripada kos operasi. Malah Sony juga menyasarkan untuk memastikan perniagaan telefon pintar yang lebih menguntungkan menjelang April 2020 nanti.

Sony Xperia 1 telah diperkenalkan secara rasmi pada Februari 2019.

Berikutan Fujitsu Ltd telah menjual perniagaan telefon pintar keluarannya ke dana pelaburan Polaris Capital Group pada tahun lepas, hanya tinggal tiga sahaja pengeluar telefon pintar daripada Jepun iaitu Sony, Sharp dan Kyocera Corp.

sumber

Baca juga:

Sony Xperia 1 Diperkenalkan – Telefon Pintar Pertama Di Dunia Guna Skrin 21:9 4K OLED

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend