Solat Jumaat Hendaklah Diteruskan Dengan Beberapa Syarat – Dr. Zulkifli Comments Off on Solat Jumaat Hendaklah Diteruskan Dengan Beberapa Syarat – Dr. Zulkifli

COVID-19 telah diistiharkan sebagai pandemik oleh WHO hari ini ekoran kes jangkitan dan angka korban yang naik mendadak di luar China. Di Malaysia setakat jam 11 pagi, 12 Mac 2020, sebanyak 149 kes telah direkodkan.

YB Senator, Datuk Seri Dr. Zulkifli, Menteri Hal Ehwal Agama dalam kenyataan media yang terkini telah memaklumkan bahawa solat Jumaat di negara ini hendaklah diteruskan tetapi dengan beberapa syarat.

Bekas Mufti Wilayah ini menyatakan solat Jumaat di seluruh negara akan dijalankan seperti biasa tetapi dengan syarat khutbah perlu dipendekkan dan menyarankan orang ramai berwuduk dari rumah.

Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit. Pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan pembersih tangan (hand sanitizer) dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.

Sekiranya KKM mengistiharkan COVID-19 tidak lagi dapat dikawal, solat Jumaat boleh tidak dilakukan, tetapi wajib diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing. Perkara ini juga merujuk kepada garis panduan antaranya seperti:

  1. Larangan tersebut perlu dikeluarkan oleh pemerintah yang berautoriti seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  2. Larangan tersebut adalah termasuk juga sebarang bentuk acara dan perhimpunan sama ada rasmi atau tidak.
  3. Wabak sudah menunjukkan kesannya dan ramai individu telah disahkan positif COVID-19 di tempat tersebut.
  4. Pihak yang bertanggunjawab seperti KKM telah menjalankan pemeriksaan yang rapi jemaah yang menghadiri masjid ataupun surau tersebut dalam tempoh jangkaan penularan wabak.

Jadi kepada orang ramai yang akan menunaikan solat Jumaat esok, anda dinasihatkan supaya mengikuti langkah-langkah pencegahan yang diberikan oleh kerajaan bagi memastikan wabak ini terus dibendung.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend