Sokongan Rasmi Untuk Windows 7 Kini Dihentikan, Cara Naik Taraf Ke Windows 10 Secara Percuma Comments Off on Sokongan Rasmi Untuk Windows 7 Kini Dihentikan, Cara Naik Taraf Ke Windows 10 Secara Percuma

Diperkenalkan secara rasmi pada 22 Oktober 2009, akhirnya pada 14 Januari 2020 yang lalu Microsoft telahpun menghentikan sokongan rasmi untuk Windows 7.

Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan pemilik komputer yang dioperasikan dengan Windows 7 tidak lagi akan menerima kemas kini perisian dan juga bantuan teknikal daripada Windows Update yang mampu membantu untuk melindungi komputer tersebut.

Apabila Windows 10 diperkenalkan pada Julai 2015, Microsoft telah memperkenalkan tawaran untuk pengguna Windows 7, 8 atau 8.1 untuk menaik taraf sistem operasi mereka secara percuma, dan sehingga kini laman ini dilihat masih beroperasi. Ini bermakna anda tidak perlu membayar sehingga RM919 untuk menggunakan Windows 10.

Menariknya, laman rasmi untuk naik taraf sistem operasi secara percuma itu dilaporkan masih lagi beroperasi tanpa masalah. Namun begitu, anda hanya boleh mengemaskinikannya ke versi Microsoft 10 Home atau Pro bergantung kepada versi yang digunakan sebelum ini.

Cara untuk naik taraf Windows 7, Windows 8 atau Windows 8.1 (Home atau Pro) ke Windows 10 secara percuma:

  1. Layari laman rasmi Download Windows 10.
  2. Pada bahagian ‘Create Windows 10 installation media’, klik butang ‘Download tool now’ dan Run.
  3. Pilih menu ‘Upgrade this PC now’ pada komputer yang ingin anda naik taraf ke Windows 10.
  4. Ikuti arahan yang dipaparkan.
  5. Apabila proses pemasangan naik taraf Windows 10 telah selesai, akses Settings Update & Security > Activation, dan kini anda boleh melihat lesen digital untuk Windows 10.

Walau bagaimanapun, proses naik taraf ke Windows 10 ini hanya boleh dilaksanakan untuk komputer yang memiliki lesen sah untuk Windows 7, Windows 8 atau Windows 8.1 sahaja.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend