Smartisan R1 Varian Terbaru Dengan 512GB + RAM 8GB Kini Diumumkan Secara Rasmi Comments Off on Smartisan R1 Varian Terbaru Dengan 512GB + RAM 8GB Kini Diumumkan Secara Rasmi

Pada pertengahan bulan Mei yang lalu kami ada berkongsi berita pelancaran model pertama di dunia yang hadir dengan sokongan ruang storan mencecah sehingga 1TB iaitu Smartisan R1. Jika sebelum ini ia hanya diperkenalkan dalam empat varian sahaja iaitu 64GB + RAM 6GB, 128GB + RAM 6GB, 128GB + RAM 8GB, dan 1TB + RAM 8GB, kini satu lagi varian terbaru telah diperkenalkan secara rasmi.

Smartisan R1 yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 kini telah ditawarkan dalam satu lagi varian tambahan dengan sokongan ruang storan 512GB dan juga RAM berkapasiti 8GB. Model yang dijual eksklusif untuk pasaran di China ini akan dijual bermula 15 Jun 2018 pada harga CNY4,999 (kira-kira RM3,121). Sebagai rujukan berikut adalah harga jualan untuk empat varian yang lain:

  • 64GB + RAM 6GB – CNY3,499 (kira-kira RM2,183)
  • 128GB + RAM 6GB – CNY3,999 (kira-kira RM2,495)
  • 128GB + RAM 8GB – CNY4,499 (kira-kira RM2,807)
  • 1TB + RAM 8GB – CNY8,848 (kira-kira RM5,522)

Spesifikasi Smartisan R1:

  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 6.17 inci In-Cell FHD+ (2242 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 12 Megapiksel (IMX363, 1.4 μm, f/1.8) + 20 Megapiksel (IMX350, 1.0 μm, f/1.75)
  • Kamera hadapan: 24 Megapiksel (f/2.0)
  • WiFi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, NFC
  • 3600 mAh (Quick Charge 4.0)
  • 153.3 x 74.5 x 7.9mm / 170g
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend