Smartisan R1 Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 845 Menawarkan Pilihan Storan Mencecah Sehingga 1TB Comments Off on Smartisan R1 Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 845 Menawarkan Pilihan Storan Mencecah Sehingga 1TB 618

Mungkin ramai di antara anda yang tidak pernah mendengar jenama Smartisan kerana ia sebenarnya merupakan sebuah pengeluar telefon pintar yang berasal dari China dan ia tidak dijual untuk pasaran global termasuklah Malaysia. Sungguhpun begitu, pelancaran rasmi model terbaru Smartisan R1 sememangnya mampu menarik perhatian ramai apabila ia diumumkan baru-baru ini.

Berbeza dengan kebanyakan telefon pintar flagship yang terdapat di pasaran, Smartisan R1 merupakan telefon pintar pertama di dunia menawarkan ruang storan mencecah sehingga 1TB. Sebagai rujukan, buat masa ini hanya Huawei Porsche Design Mate RS sahaja yang diperkenalkan di pasaran dengan sokongan ruang storan sebesar 512GB dan ia merupakan varian tertinggi yang sangat eksklusif dan terhad untuk dimiliki.

Apa yang lebih menariknya, ruang storan sebesar 1TB ini turut menjanjikan proses read/write yang lebih pantas dengan sokongan storan jenis UFS 2.1. Disebabkan harga jualan untuk kapasiti paling besar ini agak mahal, Smartisan R1 turut diperkenalkan dalam tiga lagi varian berbeza yang dijual pada harga lebih kompetitif.

  • 64GB + RAM 6GB – CNY3,499 (kira-kira RM2,183)
  • 128GB + RAM 6GB – CNY3,999 (kira-kira RM2,495)
  • 128GB + RAM 8GB – CNY4,499 (kira-kira RM2,807)
  • 1TB + RAM 8GB – CNY8,848 (kira-kira RM5,522)

Spesifikasi Smartisan R1:

  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 6.17 inci In-Cell FHD+ (2242 x 1080 piksel)
  • 64GB + RAM 6GB / 128GB + RAM 6GB / 128GB + RAM 8GB / 1TB + RAM 8GB
  • Kamera utama: 12 Megapiksel (IMX363, 1.4 μm, f/1.8) + 20 Megapiksel (IMX350, 1.0 μm, f/1.75)
  • Kamera hadapan: 24 Megapiksel (f/2.0)
  • WiFi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, NFC
  • 3600 mAh (Quick Charge 4.0)
  • 153.3 x 74.5 x 7.9mm / 170g
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend