Skor Penanda Aras Pertama Snapdragon 8150 Muncul Di Internet Comments Off on Skor Penanda Aras Pertama Snapdragon 8150 Muncul Di Internet

Peranti pertama yang akan menggunakan Qualcomm Snapdragon 8150 ialah peranti boleh lipat, FlexiPai. Peranti tersebut memiliki paparan boleh lipat yang membolehkan ia berubah saiz daripada sebuah tablet kepada sebuah phablet. Terkini, tersebar pula di arena web skor penanda aras pertama daripada cipset tersebut.

Snapdragon 8150 ialah cipset generasi seterusnya selepas Snapdragon 845. Qualcomm membangunkan SD8150 berasaskan cip 7nm berteraskan teknologi Kyro 2+2+4 berbanding 4+4 seperti sekarang. Susunan lapan teras ini bukanlah yang pertama di dunia kerana HiSilicon Kirin 980 sudah menggunakannya terlebih dahulu pada peranti siri Huawei Mate 20.

Jika kita lihat pada spesifikasi Kirin 980, dua teras digunakan adalah untuk melonjakkan prestasi, dua teras lagi untuk kelajuan memproses yang berterusan, manakala empat teras yang selebihnya pula dibahagikan untuk tugas yang lebih ringan.

Berbalik kepada skor penanda aras, keputusan yang ditunjukkan oleh Snapdragon 8150 dilihat lebih baik daripada SD845 yang tersemat di dalam Pixel 3 XL. Bagaimanapun, ia tetap berada jauh dibelakang cipset Apple A12 Bionic.

Sekali lagi, ini hanya percubaan awal untuk SD8150 dan kemungkinan sistem antaramuka juga memainkan peranan besar ketika melakukan ujian penanda aras. Cipset Snapdragon ini turut dipadatkan bersama sistem GPU Adreno dan setakat ini masih belum diketahui model apa yang digunakan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend