Skor Kamera Utama Sony Xperia 5 Setanding Keupayaan Kamera ROG Phone II – DxOMark Comments Off on Skor Kamera Utama Sony Xperia 5 Setanding Keupayaan Kamera ROG Phone II – DxOMark

Rata-rata pengeluar telefon pintar mercu di pasaran telah memilih Sony sebagai pembekal untuk lensa kamera yang akan digunakan pada peranti keluaran mereka. Ini secara tidak langsung membuktikan kepercayaan pengeluar terhadap keupayaan sensor kamera yang dihasilkan oleh Sony.

Sungguhpun begitu, prestasi kamera pada telefon pintar keluaran Sony sendiri dilihat sedikit mengecewakan. Bahkan sebelum ini DxOMark hanya memberikan skor sebanyak 79 mata untuk prestasi kamera depan Sony Xperia 5.

Baru-baru ini DxOMark telah mendedahkan bahawa Sony Xperia 5 berjaya memperolehi skor sebanyak 95 mata untuk prestasi tiga kamera utamanya yang kesemuanya beresolusi 12MP (termasuk lensa Ultra Wide dan Telephoto).

Skor ini secara tidak langsung meletakkan Sony Xperia 5 setanding dengan telefon pintar gaming popular iaitu ROG Phone II. Manakala jika dibandingkan dengan Sony Xperia 1, hanya satu mata sahaja yang membezakannya.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend