Skor DxOMark Xiaomi Mi Mix 3 Berada Di Kedudukan 5 Teratas Comments Off on Skor DxOMark Xiaomi Mi Mix 3 Berada Di Kedudukan 5 Teratas

Bersama-sama pengumuman Xiaomi Mi Mix 3 secara rasmi, skor penanda aras untuk kamera juga telah dikeluarkan oleh DxOMark. Seperti kebiasaan, peranti induk Xiaomi akan cuba merampas kedudukan peranti di carta sedia ada.

Kali ini Xiaomi Mi Mix 3 menduduki kedudukan di tangga kelima selepas Samsung Galaxy Note 9 pada masa sama telah menolak Huawei P20 ke tangga yang keenam. Skor keseluruhan sebanyak 103 mata ini telah dipengaruhi oleh dwi kamera utama yang sama seperti Xiaomi Mi 8 tetapi telah ditala lebih baik lagi. Antara penyumbang kepada skor yang tinggi ini ialah ciri penggambaran malam tanpa memerlukan tripod seakan Huawei P20 Pro serta bantuan AI untuk multi-frame noise reduction.

Jika dilihat dengan lebih terperinci, kamera peranti ini sangat cemerlang dalam aspek autofokus. Ini bermakna jika kamera dihala ke arah subjek ia tidak mengmbil masa yang lama sekaligus membolehkan pengguna menangkap gambar sebaik kamera dilancarkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend