Skor DxOMark iPhone 11 Pro Max Masih Tidak Boleh Menandingi Peranti HUAWEI Dan Xiaomi Comments Off on Skor DxOMark iPhone 11 Pro Max Masih Tidak Boleh Menandingi Peranti HUAWEI Dan Xiaomi 263

Carta DxOMark untuk telefon pintar berkamera hari ini telah dikemas kini, menyertakan nama iPhone 11 Pro Max di kedudukan ketiga selepas HUAWEI Mate 30 Pro dan Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition. Skor sebanyak 117 pada masa sama menyamai skor Samsung Galaxy Note 10+ 5G yang sebelum ini pada kedudukan ketiga.

Menurut ujian DxOMark, iPhone 11 Pro Max dapat mencapai skor yang tinggi berikutan kameranya yang dapat merakam gambar dengan baik. Keupayaan zum pada jarak dekat dan sederhana turut disokong dengan autofokus yang pantas. Prestasi kamera ini juga terbukti hebat kerana masih dapat menawarkan gambar yang terperinci dalam semua situasi dan persekitaran. Lensa ultralebar yang cukup luas turut dibantu kawalan dynamic range yang baik.

Namun begitu, iPhone 11 Pro Max dikatakan gagal memberi gambar yang baik apabila LED flash dinyalakan. Selain itu, gambar jauh juga dilihat tidak cemerlang kerana butiran pada gambar kurang jelas. Kesan hingar muncul dalam semua kondisi pencahayaan.

Sekali lagi, iPhone berjaya mengungguli takhta rakaman video terbaik mengalahkan Mate 30 Pro dan Mi CC9 Pro Premium Edition yang terbaru dengan skor 102.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend