SKMM Mahu Kerjasama Kerajaan Negeri Dan Syarikat Swasta Untuk Perkhidmatan Jalur Lebar Fiber Optik Comments Off on SKMM Mahu Kerjasama Kerajaan Negeri Dan Syarikat Swasta Untuk Perkhidmatan Jalur Lebar Fiber Optik 160

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan syarikat swasta bagi menggalakkan penglibatan syarikat swasta terlibat menambahbaik kemudahan internet di kawasan luar bandar atau pedalaman.

Jelas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith, pihak kerajaan memerlukan kerjasama syarikat swasta dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar fiber optik ke seluruh negara berikutan ia memakan masa dan kos yang tinggi untuk dilaksanakan.

Tambahnya, penyediaan perkhidmatan jalur lebar di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara NFCP, akan dimantapkan dengan pembinaan infrastruktur komunikasi baharu yang lebih menyeluruh.

Eddin menjawab pertanyaan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di waktu pertanyaan jawab lisan hari ini.

Beliau turut memaklumkan, di negeri Sarawak, sepanjang 1,237 km fiber telah siap dan mula beroperasi bagi penyediaan perkhidmatan 4G.

Pihak kerajaan juga melaksanakan projek Sistem Kabel Dasar Laut yang menghubungkan Semenanjung ke Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan kelajuan internet dengan pemasangan rangkaian kabel gentian optik dasar laut berkapasiti empat terabit sesaat dengan jumlah jarak keseluruhan melebihi dari 3,800 kilometer.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend