SKMM Larang Penyebaran Video Tembak Menembak Di Masjid Christchurch Comments Off on SKMM Larang Penyebaran Video Tembak Menembak Di Masjid Christchurch 712

SKMM baru sahaja mengeluarkan kenyataan media yang mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video tembak menembak di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand.

Menurutnya, tindakan ini perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang suasana panik di kalangan masyarakat. Ini juga bagi menjaga sensiviti ahli keluarga mangsa yang terkesan.

SKMM turut mengingatkan sebarang perkongsian kandungan yang bersifat mengancam dan jelik merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. SKMM memandang serius perkara ini dan mana-mana individu yang terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Setakat ini, dilaporkan 49 orang maut dan 40 orang cedera dalam kejadian pengganas siang tadi di dua buah masjid. Melalui video yang tular, kelihatan seorang lelaki berpakaian taktikal membawa senjata raifal memasuki perkarangan masjid serta ruang solat dengan menembak kesemua jemaah di dalamnya.

Rakaman keganasan tersebut didakwa dirakam menggunakan kamera yang diletakkan di atas kepala pembunuh malah video tersebut telahpun dikeudara secara langsung di laman sosial Facebook.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend