Sistem Rangkaian UniKL Kini Menggunakan Kawalan SD-WAN dari NEC Corporation Comments Off on Sistem Rangkaian UniKL Kini Menggunakan Kawalan SD-WAN dari NEC Corporation 555

NEC Corporation dan NEC Corporation Malaysia telah mengumumkan kejayaan menyiapkan Rangkaian Kawasan Luas Tetapan Perisian (SD-WAN) di ibu pejabat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) hari ini.

Projek yang mendapat sokongan daripada  Kementerian Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun ini adalah bertujuan untuk mensasarkan keselamatan siber dalam kalangan anggota negara ASEAN termasuk Malaysia.

Bagaimana SD-WAN berfungsi

Teknologi SD-WAN yang telah ditambat di dalam infrastruktur sedia ada di ibu pejabat UniKL akan menyediakan rangkaian internet yang lebih selamat serta dikawal sepenuhnya oleh pelayan berpusat. Ia juga dapat memastikan pusat institusi dapat menguruskan perkakasan rangkaian sedia ada daripada pelbagai penyedia hanya dengan menggunakan satu kawalan SD-WAN sahaja.

Ujian SDWAN yang dijalankan juga telah terbukti dapat menyediakan pemantauan rangkaian trafik dari hujung-ke-hujung dalam pelbagai persekitaran. Selain itu, infrastruktur ini juga dapat mengoptimumkan rangkaian serta menghalang sistem daripada diceroboh penggodam.

Konfigurasi yang lebih pantas dengan SD-WAN

UniKL turut memaklumkan melalui teknologi ini ia dapat mengagihkan rangkaian internet yang lebih baik serta stabil kepada pengguna terutamanya para pelajar untuk melakukan kerja walaupun menstrim video.

Kesimpulannya, dengan ketersediaan sistem SD-WAN ini, UniKL dapat memastikan rangkaian di setiap pusat institusi beroperasi dengan lebih efisyen, selamat, dan saksama.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend