Sistem Operasi Daripada Huawei Mungkin Diperkenalkan Pada September 2019, Mampu Menyokong Aplikasi Android Dan Web Comments Off on Sistem Operasi Daripada Huawei Mungkin Diperkenalkan Pada September 2019, Mampu Menyokong Aplikasi Android Dan Web

Susulan daripada isu sekatan yang dikenakan oleh ‘kerajaan Trump’ terhadap jenama telefon pintar kedua terbesar di dunia, Huawei sebenarnya lebih awal dilaporkan telah bersiap sedia dengan kemungkinan tersebut apabila telah mula membangunkan sistem operasi alternatif untuk Android yang dikenali sebagai ‘HongMeng’ sejak tahun 2012 lagi.

EMUI 9.1 mungkin merupakan kemas kini terakhir berasaskan Android yang akan ditawarkan oleh Huawei untuk peranti keluarannya.

Melalui perkongsian di Weibo, Richard Yu selaku CEO Huawei telah mendedahkan bahawa ketersediaan sistem operasi yang dibangunkan oleh Huawei itu akan diperkenalkan seawal bulan September 2019, atau selewat-lewatnya sekitar bulan Mac 2020 nanti. Apa yang menariknya, sama seperti iOS, sistem operasi Huawei ini boleh dioperasikan pada pelbagai peranti termasuklah telefon pintar, tablet, komputer, TV, kereta dan juga peranti pintar boleh pakai.

Sistem operasi ‘HongMeng’ yang dibangunkan oleh Huawei dikatakan mampu menyokong semua aplikasi Android tanpa masalah.

Menurut beliau lagi, sistem operasi Huawei ini juga boleh digunakan untuk mengoperasikan kesemua aplikasi Android dan juga aplikasi web tanpa masalah. Keterbukaan sokongan ini secara tidak langsung menjanjikan masa depan yang lebih baik buat sistem operasi keluaran Huawei, ini kerana terdapat sistem operasi alternatif Android seperti Tizen yang dibangunkan oleh Samsung tidak menyokong aplikasi Android secara rasmi.

sumber

Baca juga:

Huawei Berkemungkinan Akan Bekerjasama Dengan Aptoide Sebagai Alternatif Untuk Google Play Store

Huawei Terima Lesen Sementara Untuk Menggunakan Android Sehingga 19 Ogos 2019

Kenyataan Rasmi: Huawei Akan Pastikan Setiap Telefon Pintar Sedia Ada Menerima Kemas Kini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend