Siri Samsung Galaxy S20 Kini Di Malaysia – Beli Di Jerayawara Untuk Dapatkan TV 4K 50” Comments Off on Siri Samsung Galaxy S20 Kini Di Malaysia – Beli Di Jerayawara Untuk Dapatkan TV 4K 50”

Samsung Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan siri Galaxy terbaru – Galaxy S20, Galaxy S20+, dan Galaxy S20 Ultra 5G untuk pasaran tanah air. Seperti yang kita tahu, telefon ini masing-masing dijual pada harga RM3599, RM3999, dan RM4999. Tetapi anda boleh dapatkannya dengan lebih murah atau pilih TV 4K 50-inci untuk dibawa pulang.

Baca spesifikasi: Pengalaman Seketika Bersama Samsung Galaxy S20, S20+, S20 Ultra Versi Malaysia

Jadi untuk mendapatkan hadiah lumayan ini adalah anda perlu mengunjungi jerayawara yang diadakan Samsung Malaysia pada 6 hingga 8 Mac 2020 (10 pg – 10 mlm) di lokasi seperti berikut:

  • Mid Valley Megamall, KL
  • Queensbay Mall, P.Pinang
  • Mid Valley Southkey, JB
  • East Coast Mall, Kuantan
  • Imago Shopping Mall, KK

Perlu diingatkan bahawa TV LED 4K 50” tersebut hanya akan diberikan kepada yang terawal. Namun jika TV bukan pilihan anda, rebat sebanyak RM400 boleh didapati sekiranya anda membawa apa-apa sahaja kamera – walaupun telefon lama yang sudah rosak. Berikut merupakan jumlah unit TV dan rebat yang disediakan:

  • KL – 220 unit (TV), 220 unit (rebat)
  • P. Pinang – 120 unit (TV), 120 unit (rebat)
  • Johor – 80 unit (TV), 80 unit (rebat)
  • K. Kinabalu – 50 unit (TV), 50 unit (rebat)
  • Kuantan – 30 unit (TV), 30 unit (rebat)

Sekiranya anda tidak berpeluang menjadi pelanggan terawal, usah khuatir kerana Samsung akan memberikan pengecas pantas tanpa wayar (RM239) dan kad microSD 128GB (RM139) secara percuma eksklusif untuk dua hari jerayawara.

Selain daripada mengumumkan kempen jerayawara, Samsung turut mengumumkan kerjasama dengan beberapa syarikat telco tempatan dalam penawaran peranti khususnya Galaxy S20 Ultra 5G. Peranti ini boleh dibeli bersama pelan pascabayar di Maxis, Celcom, Digi, U Mobile, dan YES 4G tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend