Siri Samsung Galaxy S10 Mula Terima Kemas Kini Dengan Mod Dedikasi Untuk Penggambaran Malam Comments Off on Siri Samsung Galaxy S10 Mula Terima Kemas Kini Dengan Mod Dedikasi Untuk Penggambaran Malam

Pemilik telefon pintar kelas pertengahan Samsung iaitu Galaxy M20 baru sahaja dilaporkan telah menerima kemas kini yang menjanjikan ciri pengecasan pantas. Ternyata Samsung tidak mengabaikan pemilik peranti mercunya daripada siri Galaxy S10 apabila turut menawarkan kemas kini terbaharu untuk Galaxy S10e, S10 dan juga S10+.

Menurut sammobile, ketiga-tiga model daripada siri Galaxy S10 itu telah mula menerima kemas kini baharu yang membolehkan pemilik peranti itu untuk menggunakan mod penggambaran malam melalui butang dedikasi khas. Sama seperti fungsi Bright Night yang mampu menghasilkan gambar yang lebih terang di dalam gelap, fungsi ini akhirnya boleh diaktifkan secara manual oleh pengguna.

Selain itu, kemas kini terbaharu ini juga turut tersedia dengan tampalan keselamatan Android untuk bulan April 2019. Sungguhpun begitu buat masa ini ia hanya tersedia untuk dimuat turun untuk pemilik siri Galaxy S10 di Switzerland sahaja. Ketersediaan kemas kini yang sama akan diberikan ke negara lain secara berperingkat-peringkat.

Lindungi siri Samsung Galaxy S10 anda dengan perlindungan maksium:

Baca juga:

Beli Samsung Galaxy S10 Dan Dapatkan Sarung Marvel Secara Percuma

Kelajuan Mengecas Samsung Galaxy M20 Lebih Pantas Dengan Kemas Kini Terbaru

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend