Siri P20 Dan Mate 10 Antara Lapan Model Huawei Yang Mula Terima Kemas Kini EMUI 9.1 Public Beta Comments Off on Siri P20 Dan Mate 10 Antara Lapan Model Huawei Yang Mula Terima Kemas Kini EMUI 9.1 Public Beta

Sebelum ini kami telah berkongsi bahawa Google telah mengembalikan semula Huawei Mate 20 Pro ke dalam senarai telefon pintar Android yang layak menyertai program Android Q Beta rasmi. Menariknya, Huawei turut mendedahkan lapan model keluarannya yang sudahpun menerima kemas kini EMUI 9.1 Public Beta.

Berdasarkan senarai rasmi yang didedahkan itu, model yang layak untuk menguji antaramuka EMUI 9.1 berasaskan Android 9.1 Pie itu adalah seperti berikut:

  • Mate 10
  • Mate 10 Pro
  • Mate 10 Porsche Design
  • Mate RS Porsche Design
  • P20
  • P20 Pro
  • Nova 3
  • Nova 3i

Melalui kemas kini EMUI 9.1 ini, ia membawakan pelbagai pembaharuan seperti sokongan imej latar yang lebih menarik, sistem fail EROFS yang menjanjikan prestasi sistem yang jauh lebih pantas, fungsi OneHop untuk perkongsian pantas, dan banyak lagi.

Apa Keistimewaan EMUI 9.1 Berbanding Versi EMUI Sebelum Ini?!

Selain itu, Huawei turut mengesahkan bahawa kemas kini EMUI 9.1 Public Beta ini akan turut ditawarkan kepada pengguna Mate 9, Mate 9 Pro, Mate 9 Porsche Design, P10, P10 Plus, Nova 4, Nova 4e, dan juga Nova 2s tidak lama lagi.

Namun begitu, kemas kini EMUI 9.1 Public Beta ini hanya dibuka untuk pemilik peranti terpilih di China sahaja buat masa ini. Manakala untuk pengguna global pula mungkin akan menerimanya pada masa akan datang.

Baca juga:

Huawei Mate 20 Pro Kini Disenaraikan Semula Dalam Laman Rasmi Android Q Beta

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend