Siri OPPO Reno2 Dengan Kuad Kamera Sah Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 15 Oktober 2019 Comments Off on Siri OPPO Reno2 Dengan Kuad Kamera Sah Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 15 Oktober 2019 193

OPPO sebelum ini telahpun melancarkan siri OPPO Reno2 dengan penawaran tiga model iaitu Reno2, Reno2 Z dan juga Reno2 F secara rasmi untuk pasaran di India. Seperti yang dijanjikan oleh OPPO Malaysia, generasi kedua OPPO Reno ini akhirnya telahpun disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Oktober 2019 nanti.

Melalui maklumat yang yang kami terima, hanya dua model sahaja yang akan dibawa masuk secara rasmi ke negara ini iaitu OPPO Reno2 dan juga OPPO Reno2 F. Seperti yang diketahui, kedua-dua model ini akan menyokong paparan skrin AMOLED FHD+ berukuran 6.5 inci, kuad kamera dengan sensor utama 48MP, kamera depan terangkat 16MP, dan juga bateri 4000mAh dengan VOOC Flash Charge 3.0.

Lebih istimewanya, majlis pelancaran akan turut dihadiri oleh selebriti tempatan iaitu Neelofa, dan juga penyanyi popular dari Taiwan iaitu Jam Hsiao. Jadi bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang spesifikasi dan juga harga jualan untuk siri OPPO Reno2 ini, nantikan maklumat lanjut daripada kami pada 15 Oktober 2019 nanti.

Baca juga:

OPPO Mahu Bawa Reno2 Ke Malaysia Bulan Ini, Turut Lancar ‘OPPO Service Day’

OPPO Reno2 / Reno2 Z / Reno2 F, Kesemuanya Diperkenalkan Dengan Empat Kamera Belakang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend