Siri OPPO Reno 2 Dengan Sokongan Empat Kamera Serta 20x Zum Bakal Dilancarkan Pada 28 Ogos 2019 Comments Off on Siri OPPO Reno 2 Dengan Sokongan Empat Kamera Serta 20x Zum Bakal Dilancarkan Pada 28 Ogos 2019 306

Pada awal tahun yang lalu, OPPO telah mengumumkan untuk tampil dengan satu lagi siri baharu yang akan membawakan nama ‘Reno’. Walaupun masih baru diperkenalkan, OPPO setakat ini telah melancarkan sebanyak lima model dari siri tersebut iaitu Reno, Reno 10x Zoom, Reno 5G, Reno Z, dan juga OPPO Reno FC Barcelona Edition.

Menurut portal 91mobiles, OPPO didakwa akan melancarkan siri terbaharu OPPO Reno 2 di India pada 28 Ogos 2019 nanti. Berita ini dikatakan telah disahkan melalui ketirisan imej acah yang berjaya diperolehi daripada sumber dalam industri. Walaupun tiada sebarang maklumat rasmi didedahkan setakat ini, model terbaharu ini dipercayai mengekalkan rekaan kamera depan jenis ‘Shark Fin’.

Apa yang lebih menariknya, imej acah itu turut memperlihatkan sokongan empat kamera dengan kemampuan zum sehingga 20x. Berdasarkan laporan yang dikongsikan, OPPO Reno 2 juga dipercayai akan menyokong paparan skrin AMOLED berukuran 6.43 inci FHD+ (2400 x 1080 piksel), empat kamera beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 13MP (Telephoto) + 2MP (Monochrome), dan bateri berkapasiti 4065mAh.

sumber

Baca juga:

OPPO Umum Jaminan Waranti Antarabangsa Untuk Model Find X, Reno 10x Zoom Dan Reno FC Barcelona Edition

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend