Siri Mampu Membaca Notifikasi Yang Disembunyikan Dari Dipaparkan Pada Lockscreen Comments Off on Siri Mampu Membaca Notifikasi Yang Disembunyikan Dari Dipaparkan Pada Lockscreen 452

Jika anda sangat mementingkan aspek privasi, mungkin anda sudahpun menetapkan peranti iOS anda untuk tidak memaparkan preview notifikasi yang diterima pada paparan lockscreen. Nampaknya selepas ini, mungkin ada di antara rakan-rakan anda yang boleh mengetahui kandungan notifikasi itu secara senyap-senyap.

Melalui penemuan yang dibuat oleh Mac Magazine, kewujudan pepijat atau bug pada iOS 11.2 hingga iOS 11.3 beta ini dengan mudah boleh membantu individu yang tidak bertanggungjawab untuk menceroboh privasi anda. Mereka hanya perlu mengaktifkan Siri dan memintanya untuk membacakan notifikasi yang diterima walaupun pada asalnya notifikasi yang diterima telah disembunyikan oleh pemilik iOS tersebut.

Walau bagaimanapun, isu ini hanya terjadi pada aplikasi pihak ketiga sahaja seperti WhatsApp, WeChat, Facebook Messenger dan sebagainya. Manakala notifikasi yang diterima dari iMessage adalah selamat kerana Siri tidak boleh mengaksesnya dari lockscreen.

Tips – Cara menutup akses Siri apabila peranti berada dalam mod lock:

  • Akses Settings.
  • Tatal skrin ke bawah dan cari menu Siri & Search.
  • Pastikan ruangan ‘Allow Siri When Locked’ tidak ditandakan.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend