Siri iPhone 12 Bakal Hadir Dengan Sokongan Skrin 120Hz ProMotion Dan Bateri Lebih 4400mAh?! Comments Off on Siri iPhone 12 Bakal Hadir Dengan Sokongan Skrin 120Hz ProMotion Dan Bateri Lebih 4400mAh?!

Selagi belum dilancarkan secara rasmi, selagi itulah ada sahaja berita khabar angin mengenai peranti baharu yang akan dilancarkan diperkatakan di Internet. Ternyata siri iPhone 12 juga tidak terkecuali apabila harga jualannya mula dikongsikan kepada umum pada minggu lepas.

iPhone yang sememangnya terkenal dengan prestasi berkuasa, kini telah dikhabarkan akan menampilkan sokongan paparan OLED dengan kadar segar semula skrin mencecah 120Hz. Perkara ini dirasakan tidak mustahil kerana iPad Pro juga sebelum ini hadir dengan paparan 120Hz ProMotion.

Bahkan bermula dengan model iPhone 11 Pro Max, ketahanan bateri telefon pintar Apple ini tidak lagi boleh dipertikaikan kerana ia terbukti mampu menyokong SOT (Screen On Time) yang sangat lama dengan sokongan bateri berkapasiti 3969mAh.

iPhone 12 sudah tentunya mampu menjanjikan ketahanan bateri yang jauh lebih baik apabila ia dikatakan akan dilengkapi dengan kapasiti bateri yang jauh lebih besar iaitu melebihi 4400mAh.

Namun begitu, kesahihan khabar angin ini masih lagi belum dapat disahkan kerana ia hanya sekadar pendedahan tanpa bukti yang kukuh. Jadi kita nantikan sahaja kebenarannya di dalam majlis pelancaran rasminya nanti.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend