Siri HUAWEI P40 Kini Rasmi Di Malaysia – RM2799, RM3899, RM4999, Semua Dengan 5G Comments Off on Siri HUAWEI P40 Kini Rasmi Di Malaysia – RM2799, RM3899, RM4999, Semua Dengan 5G

HUAWEI Malaysia hari ini telah mengumumkan harga jualan untuk barisan telefon pintar mercu terbaru mereka menerusi penstriman langsung di media seosial dan siaran di kaca TV sebentar tadi.

Baca: HUAWEI P40, P40 Pro, Dan P40 Pro+ Kini Rasmi – Banyak Teknologi Pertama Di Dunia Digunakan

HUAWEI P40, P40 Pro, dan P40 Pro+ boleh ditempah bermula 3 April hingga 10 April 2020 melalui beberapa saluran atas talian seperti:

  • shop.huawei.com/my
  • HUAWEI Flagship Store di Lazada
  • Senheng
  • SenQ
  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • U Mobile
  • Courts
  • Harvey Norman

Penghantaran peranti pula akan dibuat bermula 11 April 2020 dan setiap pra-tempah pelanggan akan menerima hadiah bernilai RM1300. Berikut merupakan senarai harga diikuti pilihan warna untuk pasaran Malaysia.

  • HUAWEI P40 – Deep Sea Blue, Blush Gold, dan Frost Silver
    • RM2799
  • HUAWEI P40 Pro – Deep Sea Blue, Blush Gold, dan Frost Silver
    • RM3899
  • HUAWEI P40 Pro+ – Ceramic White
    • RM4999 (akan datang)

Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga peranti didatangkan dengan sokongan 5G. Di Malaysia, rangkaian 5G akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini oleh beberapa syarikat telco terkemuka negara.

Baca mengenai peranti:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend