Siri HUAWEI P40 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM49/Sebulan Dengan Celcom Comments Off on Siri HUAWEI P40 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM49/Sebulan Dengan Celcom

Sekiranya anda bercadang untuk memiliki siri HUAWEI P40 pada harga yang jauh lebih mampu milik, kini HUAWEI P40 dan P40 Pro boleh dimiliki pada harga hanya RM49 sebulan dengan pelan pascabayar Celcom MEGA melalui pakej EasyPhone.

Tanpa perlu membuat sebarang bayaran pendahuluan, pembelian siri HUAWEI P40 melalui Celcom MEGA akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM697 secara percuma. Hadiah yang akan diterima adalah seperti berikut:

  • HUAWEI SuperCharge Wireless Car Charger bernilai RM289
  • HUAWEI 50GB Cloud Storage dan 3 bulan langganan HUAWEI Video bernilai RM160
  • 1 tahun jaminan waranti tambahan dan 1 bulan perlindungan skrin retak bernilai RM248

Tidak cukup dengan itu, pemilik siri HUAWEI P40 di Malaysia juga boleh menebus ganjaran bernilai sehingga RM2,381 melalui aplikasi HUAWEI Member Centre.

Siri HUAWEI P40 dikuasakan dengan cipset Kirin 990 5G, dan juga dioperasikan oleh EMUI 10.1 berasaskan Android 10 dengan sokongan HUAWEI MeeTime serta HUAWEI Share.

Bagi yang berminat, anda boleh memiliki HUAWEI P40 atau HUAWEI P40 Pro melalui Celcom dengan melayari laman sesawang berikut:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend