Siri HUAWEI P40 Dan Mate Xs 5G Dipercayai Akan Menyokong Teknologi HUAWEI SuperCharge 65W Comments Off on Siri HUAWEI P40 Dan Mate Xs 5G Dipercayai Akan Menyokong Teknologi HUAWEI SuperCharge 65W

Jika dilihat pada tarikh pelancaran siri HUAWEI P sebelum ini, siri HUAWEI P40 berkemungkinan besar akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global sekitar bulan Mac 2020 nanti.

Tinggal kurang empat bulan sebelum diperkenalkan kepada umum, terdapat laporan yang mendedahkan bahawa siri HUAWEI P40 nanti akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas menggunakan teknologi HUAWEI SuperCharge 65W. Selain siri HUAWEI P40, teknologi pengecasan ini juga dijangka akan diperkenalkan untuk telefon pintar dengan skrin boleh lipat generasi kedua iaitu HUAWEI Mate Xs 5G.

Berdasarkan ketirisan berita sebelum ini, HUAWEI P40 Pro akan menyokong skrin OLED 2K bersaiz 6.5 inci dengan rekaan Horizon Display, kadar segar semula skrin 120Hz, penta kamera 64MP menggunakan sensor Sony IMX686, dan juga bateri graphene berkapasiti 5500mAh.

Baca juga:

HUAWEI P40 Pro Mungkin Guna Paparan 120Hz Dan Bateri Graphene 5500mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend