Siri HUAWEI P40 Akan Dilancarkan Secara Atas Talian Pada 26 Mac Ini Comments Off on Siri HUAWEI P40 Akan Dilancarkan Secara Atas Talian Pada 26 Mac Ini

HUAWEI akan mengadakan majlis pelancaran produk terbaru mereka iaitu siri HUAWEI P40 pada 26 Mac 2020 secara atas talian tanpa perhimpunan orang ramai seperti sebelum ini.

Bagi yang ingin menyaksikan acara pelancaran, anda boleh menontonnya di saluran HUAWEI MOBILE di YouTube, Facebook, dan Twitter atau layari laman sesawang Consumer HUAWEI.com tepat jam 9 malam waktu Malaysia.

Tanda pagar yang digunakan oleh HUAWEI pada kali ini ialah #VisionaryPhotography dengan memberi gambaran kepada keupayaan kamera peranti. Selain itu satu klip acah turut dimuat naik menunjukkan sedikit reka bentuk peranti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend