Siri Huawei P30 Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 26 Mac 2019 Di Paris Comments Off on Siri Huawei P30 Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 26 Mac 2019 Di Paris 728

Awal Februari yang lepas pihak Huawei telah mengumumkan untuk melancarkan siri Huawei P30 secara rasmi menjelang penghujung bulan Mac nanti. Sebagaimana yang telah dijanjikan, hari ini sebuah video acah telah dikongsikan di Internet dengan mengesahkan 26 Mac 2019 nanti sebagai tarikh pelancaran rasmi siri Huawei P30.

Huawei dipercayai akan mendedahkan tiga model terbarunya itu iaitu Huawei P30, P30 Pro dan P30 Lite dan majlis pelancaran ini akan berlangsung di Paris. Lebih menariknya, video acah berdurasi 10 saat itu turut memperlihatkan penggunaan slogan baharu iaitu #REWRITETHERULES.

Berdasarkan ketirisan sebelum ini, Huawei P30 dan P30 Pro dipercayai akan menyokong skrin FHD+ dengan rekaan takuk jenis titisan air. Bahkan ia juga memiliki saiz bezel yang lebih kecil berbanding siri Huawei P20 sebelum ini dan dilaporkan turut tersedia dengan sokongan teknologi pengimbas cap jari pada skrin sama seperti Huawei Mate 20 Pro.

Jika dilihat pada garis masa sebelum ini, siri Huawei P20 diperkenalkan secara rasmi pada penghujung Mac 2018 dan dibawa masuk ke pasaran tempatan pada pertengahan April. Jadi berkemungkinan siri Huawei P30 ini akan diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia sekitar bulan April 2019 nanti.

Baca juga:

Resolusi Skrin Untuk Huawei P30 Dan P30 Pro Berjaya Didedahkan Melalui Laman Rasmi Huawei

Huawei P30 Memperlihatkan Sokongan Tiga Kamera Dengan Rekaan Takuk Titisan Air

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend