Siri Huawei P30 Berjaya Terjual Di Filipina Dengan Nilai Keseluruhan Mencecah Hampir RM51.8 juta Comments Off on Siri Huawei P30 Berjaya Terjual Di Filipina Dengan Nilai Keseluruhan Mencecah Hampir RM51.8 juta 323

Keupayaan penggambaran siri P yang diperkenalkan oleh Huawei agak sukar untuk dipertikaikan kerana ia menawarkan sokongan perkakasan dan juga ciri penggambaran antara yang terbaik di pasaran buat masa ini. Lebih-lebih lagi dengan kemunculan siri Huawei P30 yang menjanjikan lensa kamera 40MP SuperSpectrum yang menyokong sensor RYYB.

Huawei P30 Pro berada di tangga teratas dalam carta DxOMark sebagai telefon pintar berkamera terbaik.

Berikutan daripada kehebatan penggambaran yang sangat baik dengan keupayaan sehingga 50x zum digital pada P30 Pro dan 30x zum digital pada P30, peranti ini dilihat mendapat tempat di hati pembeli. Perkara ini tidak dapat disangkal lagi apabila Huawei Filipina baru-baru ini telah mengumumkan berjaya menjual siri Huawei P30 dengan nilai jualan mencecah PHP650 juta iaitu hampir RM51.8 juta.

Huawei P30 menyokong tiga lensa, manakala Huawei P30 Pro pula hadir dengan sokongan empat lensa.

Sebagai rujukan, ketiga-tiga siri Huawei P30 untuk pasaran Filipina telah dijual pada harga seperti berikut:

  • Huawei P30 Lite → PHP16,990 (kira-kira RM1,351)
  • Huawei P30 → PHP36,990 (kira-kira RM2,941)
  • Huawei P30 Pro → PHP50,990 (kira-kira RM4,054)

Tonton video buka kotak Huawei P30 Pro:

Miliki siri Huawei P30 dan dapatkan Huawei AP38 Car Charger secara percuma:

Baca juga:

Harga Alat Ganti Huawei P30 dan P30 Pro Kini Dikongsikan Dalam Aplikasi Huawei HiCare

Digi PhoneFreedom 365 Menawarkan Huawei P30 Pro Pada Harga RM122 Sebulan Dan Hadiah Bernilai RM400

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend