Siri Huawei P30 Akan Hadir Dengan Sokongan Pemodelan 3D Comments Off on Siri Huawei P30 Akan Hadir Dengan Sokongan Pemodelan 3D 602

Banyak khabar angin yang kita dengar mengenai siri Huawei P30, dari reka bentuk, keupayaan kamera, hinggalah kepada tanda harga. Terkini, Huawei dilihat telah memuat naik satu video acah di akaun Weibo mereka memperlihatkan ciri sokongan pemodelan 3D pada kamera peranti.

Melalui ciri ini nanti, ia akan menjadikan siri P peranti yang pertama daripada Huawei menawarkan ciri seumpama itu. Ciri sokongan pemodelan 3D ini akan diintegrasikan di dalam salah satu daripada tiga sensor utama peranti menerusi sensor ToF yang tersemat di panel belakang.

Bagaimanapun kehadiran sensor ini masih lagi belum dapat disahkan, tetapi banyak pihak yakin sensor yang muncul dalam imej tertiris sebelum ini merujuk kepada sensor 3D ToF. Berbeza dengan Mate 20 Pro yang tidak dilengkapi sensor 3D, siri Huawei P30 mungkin satu langkah bijak yang dibawakan oleh Huawei dalam mempromosikan peranti mereka.

Baca juga:

Spesifikasi Lengkap Kamera Huawei P30 Pro Tertiris, Disahkan Akan Mula Dijual Di Singapura Pada 6 April 2019

Ketirisan Video Huawei P30 Mengesahkan Sokongan Bicu Audio 3.5mm, Imej Rasmi Turut Didedahkan

Rakaman Video Yang ‘Superb’ Ini Dipercayai Diambil Menggunakan Huawei P30 Pro

Fungsi Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Pada Huawei P30 Pro Diperlihatkan Dalam Video Pendek

Harga Jualan Untuk Huawei P30 Lite, P30 dan P30 Pro Untuk Pasaran Eropah Mula Tertiris

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Spesifikasi Huawei P30 dan P30 Pro?!

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend