Siri Huawei P20 Kini Rasmi, Hadir Dengan Kombinasi Tiga Kamera LEICA Mencecah Hingga 68 Megapiksel Comments Off on Siri Huawei P20 Kini Rasmi, Hadir Dengan Kombinasi Tiga Kamera LEICA Mencecah Hingga 68 Megapiksel

Akhirnya peranti flagship dari siri P keluaran Huawei telah dilancarkan secara rasmi dengan kehadiran dua model terbarunya iaitu P20 dan juga P20 Pro. Pendedahan model ini kepada umum sememangnya sangat dinanti-nantikan kerana ia merupakan satu penambahbaikan paling drastik dari segi reka bentuk dan juga aspek penggambarannya berbanding siri P sebelum ini.

Huawei P20

Huawei P20 menampilkan rekaan paparan skrin IPS LCD berukuran 5.8 inci FHD+ (2244 x 1080 piksel) dengan kehadiran takuk (notch) pada bahagian atas paparan. Peranti ini telah dioperasikan oleh EMUI 8.1 berasaskan Android 8.1 Oreo, dikuasakan dengan pemproses HiSilicon Kirin 970, ruang storan 128GB + RAM 4GB, kamera swafoto 24 Megapiksel dengan teknologi 3D Portrait Lighting, dan juga menyokong bateri berkapasiti 3400 mAh dengan teknologi pengecasan pantas Huawei SuperCharge.

Huawei P20 – dwi kamera LEICA

Keupayaan penggambaran Huawei P20 turut dipertingkatkan dengan sokongan dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel (RGB, f/1.8, 1.55 µm, OIS) + 20 Megapiksel (Monokrom, f/1.6) daripada LEICA. Lebih menariknya, ia kini mampu merekod video gerak perlahan sehingga 960 fps dan dilengkapi ciri AI Image Stabilisation yang mampu memastikan gambar tanpa masalah kabur pada waktu malam.

Huawei P20 Pro

Dengan mengekalkan rekaan dan juga spesifikasi yang sama seperti Huawei P20, Huawei P20 Pro menampilkan sedikit perbezaan seperti sokongan skrin sentuh OLED yang lebih besar berukuran 6.1 inci FHD+ dan juga ruang storan 128GB + RAM 6GB. Malah ia juga turut menawarkan sokongan kapasiti bateri yang lebih besar mencecah 4000 mAh. Aspek ketahanannya juga lebih baik dengan pengiktirafan IP67 yang menjanjikan ciri kalis air dan debu.

Huawei P20 Pro – tiga kamera LEICA

Aspek penggambaran Huawei P20 Pro yang menduduki takhta di DxOMark ini telah dilengkapi tiga kamera daripada LEICA dengan kombinasi kamera 40 Megapiksel (RGB, f/1.8, OIS) + 20 Megapiksel (Monokrom, f/1.6) dan juga satu kamera tambahan beresolusi 8 Megapiksel (Telefoto, f/2.4) yang menawarkan ciri 3x zum optikal dan 5x zum hibrid.

 

Huawei P20 dan P20 Pro akan dijual pada harga €649 (kira-kira RM3075) dan €899 (kira-kira RM4260) mulai 12 April nanti. Huawei P20 boleh dimiliki dalam lima pilihan warna iaitu Black, Champagne Gold, Pink Gold, Midnight Blue, dan juga Twilight yang hadir dengan efek warna gradient. Manakala Huawei P20 Pro pula tersedia dalam empat warna yang sama kecuali Champagne Gold.

Nota: Huawei Malaysia dikatakan akan melancarkan Huawei P20 dan P20 Pro di Malaysia pada 3 April 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend