Siri Huawei Nova 4 Dipilih Sebagai Duta Utama Program Realiti ‘Lagu Cinta Kita’ Comments Off on Siri Huawei Nova 4 Dipilih Sebagai Duta Utama Program Realiti ‘Lagu Cinta Kita’ 203

Huawei Malaysia baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan TV3 melalui program hiburan terbaharu, ‘Lagu Cinta Kita’. Siri Huawei Nova 4 telah dipilih sebagai duta utama program tersebut memandangkan peranti ini menyasarkan golongan Gen-Y yang gemarkan swafoto.

‘Lagu Cinta Kita’ ialah program realiti terbaharu yang akan ditayangkan¬†bermula 19 April, setiap hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 9 malam di saluran YouTube, TV3MALAYSIA Official . Ia juga akan ditayangkan ke saluran televisyen TV3 bermula 21 April pada pukul 3 petang.

Program realiti ini akan menguji keserasian setiap pasangan selain melahirkan lebih ramai pasangan duo yang hebat dalam dunia nyanyian. Ia menampilkan Nana Mahazan sebagai hos rancangan, Scha AlYahya dan Hael Husaini sebagai juri. Sebagai menambah perisa, juri undangan akan dijemput antaranya Nora Danish, Zahirah MacWilson, Nabila Huda, Jihan Muse, dan Azira Shafinaz.

Siri Huawei Nova 4 hadir dengan dua model iaitu Huawei Nova 4 dan Huawei Nova 4e. Kedua-dua peranti ini dijual pada harga RM1,899 dan RM1,199 seunit dan dua model ini menawarkan kamera depan sebesar 32MP untuk pengalaman swafoto yang terbaik. Ia juga lengkap dengan ciri-ciri yang diinginkan pengguna untuk sebuah telefon pintar kelas pertengahan masa kini.

https://teknoratz.com/ulasan-huawei-nova-4-peranti-pertama-huawei-dengan-rekaan-kamera-dalam-skrin/
https://teknoratz.com/ulasan-huawei-nova-4e-dengan-tetapan-tri-kamera-belakang-pada-harga-kompetitif/
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend