Siri Huawei MediaPad M5 Akan Menjadi Tablet Pertama Menyokong Teknologi GPU Turbo Comments Off on Siri Huawei MediaPad M5 Akan Menjadi Tablet Pertama Menyokong Teknologi GPU Turbo

Siri MediaPad M5 sebelum ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya di China pada April yang lalu, dan hari ini Huawei Malaysia dengan rasminya telah melancarkan siri tablet terbarunya itu untuk pasaran tempatan. Apa yang menariknya, baru-baru ini Huawei China telah berkongsi di laman Weibo bahawa tablet ini akan menerima kemas kini terbaru yang membawakan sokongan teknologi GPU Turbo.

Pendedahan ini secara tidak langsung telah mengesahkan bahawa siri MediaPad M5 akan menjadi tablet pertama keluaran Huawei yang akan menerima teknologi yang dikhususkan untuk prestasi permainan itu. Kemas kini GPU Turbo untuk tablet ini dikatakan akan mula diterima seawal bulan Julai ini.

Memandangkan kemunculan siri MediaPad M5 sememangnya disasarkan untuk golongan muda yang gemarkan aktiviti bermain game, kehadiran GPU Turbo sudah tentunya menjanjikan prestasi grafik 60% lebih lancar berbanding sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend